Dengan pendaftaran tersebut semua pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 memasukki bilik-bilik kediaman asrama yang telah ditetapkan dan membuat persiapan diri untuk menempuh kehidupan di asrama di sepanjang tahun 2010. Semoga semua pelajar dapat memanfaatkan kehidupan di asrama dengan aman dengan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
Sebelum proses pembelajaran dan pengajaran (P&P), pihak maktab menyediakan program reorentasi yang bermatlamat mengingatkan semula visi dan misi mereka berada di MRSM Pontian. Program ini berlangsung dua hari untuk pelajar Tingkatan 2 dan 3 dan 3 hari untuk pelajar Tingkatan 5. Anataran termasuklah program membina pasukan (team building) dan bengkel peta minda.
Pada 4 Jan 2010, bermula pukul 8.00 pagi semua pelajar berkumpul di Surau maktab untuk aktiviti kerohanian. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah motivasi minda yang disampaikan oleh Ustaz Samadon, Bacaan yasin, Solat Duha, Solat Taubat dan Solat Hajat. Semoga hati anak-anak pelajar akan terisi dengan keberkatan sebagai seorang pelajar yang berbudi pekerti mulia. Insya Allah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgytLmvJgmRfWWUjwVuYj9a7zrBskG6C-OIOOfH6CMiztpDugJFyMLU71PgH0JEpPdJVNNvVMvtPly9AQ1ynhJir8lFKofqCMwaKE1quZP71YtQNtMSzVd0jTXgASKgivLp6UVmCIISko0X/s200/04012010.jpg)
bacaan doa
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie_-Q39yP6XTgCckaePTxzXAiTAQIHElu49ytUb8enUDybtQ5h7qMUs2EO44T7lagDjwqWYKOBRhecw6iqa_650krn1i9-SJkUVMBP-akKpXlZHSqKT2lBGnxO300dNmEGR1_OG2u2lSXY/s200/04012010(004).jpg)
No comments:
Post a Comment