Pemain boling MRSM Pontian telah mewakili maktab ke pertandingan ten pin boling peringkat MSSD 2010 yang diadakan pada 1 dan 2 Februari 2010. Pertandingan tersebut telah diadakan di Ceria Bowl Pontian, Plaza Harta. Seramai 16 orang pelajar kategori lelaki dan perempuan 15 dan 18 tahun telah mewakili maktab ke MSSD tersebut.
Pemain boling MRSM Pontian kategori perempuan 18 tahun, iaitu Fahira Azua bt Abdul Manap telah mendapat tempat kedua. Manakala pemain boling kategori lelaki 15 tahun, iaitu Mohamad Irfan bin Othman, telah mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan tersebut. Kedua - dua pelajar ini telah mewakili MRSM Pontian ke MSSJ yang diadakan di Diamond Bowl, Skudai.
Pencapaian pemain boling maktab ini adalah suatu pencapaian yang membanggakan dan pihak MRSM merancang untuk melipatgandakan usaha dan latihan untuk muncul juara pada pertandingan yang mendatang, insyaAllah
No comments:
Post a Comment