Thursday, April 15, 2010

'Science Fair' MRSM Pontian 2010





















Kesemua gambar di atas menunjukkan para pelajar tekun membentangkan projek sains mereka kepada panel hakim

Buat pertama kalinya pada tahun ini, MRSM Pontian telah menjayakan program 'Science Fair' yang disertai oleh semua pelajar tingkatan 2 dan 3. Program ini bertujuan mengembangkan kemahiran pemikiran saintifik, kritis dan kreatif di kalangan pelajar. Ia juga merupakan salah satu medium bagi mencungkil bakat dan potensi, mencetus minda supaya berfikir dalam suasana saintifik, imaginasi kreatif dan seterusnya projek - projek yang dihasilkan mempunyai impak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Di antara projek yang telah dikaji dan dihasilkan oleh pelajar ialah projek 'Hot Ice', 'Egg in a Bottle', 'Hovercraft Model', Organic Universal Indicator Solution' dan lain - lain. Barisan ketua hakim terdiri daripada guru - guru jabatan sains, dan dibantu oleh panel hakim iaitu guru - guru daripada jabatan lain. Program ini bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari.















Minggu Aktiviti MRSM Pontian 2010

Program amali Haji yang dianjurkan oleh subjek Pendidikan Agama Islam

Karnival Matematik yang diadakan di dewan besar maktab

Penyampaian hadiah semasa majlis penutup Minggu Aktiviti


Pertandingan Catur Bestari yang diadakan oleh subjek Bahasa Melayu

Pertandingan 'Muzikal Drama' untuk subjek Bahasa Inggeris

Setiap tahun, MRSM Pontian akan mengadakan minggu aktiviti yang bertujuan melatih para pelajar melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti, mengasah minat dan bakat, di samping menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar dalam pelbagai aktiviti. Pelajar juga dapat mengumpul pelbagai pengalaman menarik, berharga dan juga memori manis sebagai kenangan. Pada tahun ini, minggu aktiviti telah berlangsung pada 18 Februari hingga 24 Februari 2010. Bertempat di MRSM Pontian, minggu aktiviti ini telah diadakan dengan meriahnya dengan penglibatan pelbagai pihak, termasuklah pelajar, guru serta staf MRSM Pontian.

Tirai minggu aktiviti pada tahun ini dimulakan dengan pesta Bahasa Inggeris pada 18 Februari 2010. Bertempat di pelbagai lokasi, termasuklah di bangunan akademik, tempat parking kereta, padang, dewan serta seluruh kawasan maktab. Di antara aktiviti menarik yang telah diadakan ialah seperti 'Book Walk', 'Chinese Whisper', 'Decoding', 'Riddle Hurdles', 'Amazing Race', 'Mr Wizard', 'Literature Elimination', 'Musical Drama' dan pelbagai lagi aktiviti. Kesemua aktiviti ini menguji ketahanan fizikal dan menguji mental para pelajar.

Pada 19 dan 22 Februari 2010, subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Matematik meneruskan lagi minggu aktiviti. Subjek Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan Catur Bestari yang mencabar kemahiran berfikir dan pelajar telah menggunakan pelbagai strategi untuk memenangi pertandingan ini. Rata - rata pelajar berpendapat, pertandingan catur bestari ini adalah aktiviti yang amat menarik berbanding aktiviti lain yang diadakan oleh subjek Bahasa Melayu. Selain dari pertandingan ini, subjek Bahasa Melayu juga telah mengadakan pertandingan dikir barat, 'choral speaking' dan teater muzikal.

Bagi subjek Pendidikan Islam, lain pula corak permainannya. Subjek ini telah mengadakan amali pengurusan jenazah dan amali haji. Di dalam amali pengurusan jenazah, pelajar dapat melihat sendiri dengan mata mereka dan merasai pengalaman menguruskan jenazah. Pelajar menggunakan pelbagai peralatan menguruskan jenazah yang telah disediakan oleh pihak penceramah seperti kapur barus, kain kapan dan sebagainya. Sesungguhnya pengalaman ini memberi kesan yang amat mendalam dan memberi keinsafan kepada para pelajar.

Subjek Matematik menguji pelajar dengan aktiviti yang dinamakan karnival matematik. Pelbagai soalan matematik perlu diselesaikan oleh pelajar dengan mengaplikasikan konsep matematik dengan kehidupan seharian. Dengan ini, pelajar dapat mengasah kemahiran mereka dalam bidang matematik untuk digunakan pada masa hadapan.

Majlis penutup minggu aktiviti ini telah diadakan pada 24 Februari 2010. Majlis penutup ini berakhir dengan sorakan barisan pelajar yang memenangi pelbagai pertandingan yang telah diadakan sepanjang minggu. Terlihat riak kegembiraan di wajah mereka setelah penat berhempas pulas, berusaha untuk memenangi pertandingan yang telah diadakan. Majlis penutup ini juga diserikan lagi dengan persembahan oleh kumpulan yang telah memenangi pertandingan.































































Thursday, February 4, 2010

Pasukan boling MRSM Pontian mewakili MSSD dan MSSJ

Pemain boling kategori perempuan 18 tahun memenangi tempat kedua
Barisan pemain boling perempuan 15 dan 18 tahun MRSM Pontian

Pemain boling MRSM Pontian telah mewakili maktab ke pertandingan ten pin boling peringkat MSSD 2010 yang diadakan pada 1 dan 2 Februari 2010. Pertandingan tersebut telah diadakan di Ceria Bowl Pontian, Plaza Harta. Seramai 16 orang pelajar kategori lelaki dan perempuan 15 dan 18 tahun telah mewakili maktab ke MSSD tersebut.
Pemain boling MRSM Pontian kategori perempuan 18 tahun, iaitu Fahira Azua bt Abdul Manap telah mendapat tempat kedua. Manakala pemain boling kategori lelaki 15 tahun, iaitu Mohamad Irfan bin Othman, telah mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan tersebut. Kedua - dua pelajar ini telah mewakili MRSM Pontian ke MSSJ yang diadakan di Diamond Bowl, Skudai.
Pencapaian pemain boling maktab ini adalah suatu pencapaian yang membanggakan dan pihak MRSM merancang untuk melipatgandakan usaha dan latihan untuk muncul juara pada pertandingan yang mendatang, insyaAllah

Program Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA)

Pelajar - pelajar tekun mendengar ucapan pengetua



Persembahan Drama Muzikal pada Majlis Penutup KIKA 2010


Lembaran tahun 2010 dimulakan dengan Program Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA) bagi pelajar pra tingkatan 4 MRSM Pontian. Ahli jawatankuasa fasilitator program ini terdiri daripada barisan guru MRSM Pontian. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar pra tingkatan 4 dari segi mental dan fizikal, untuk menghadapi Tingkatan 4 yang lebih mencabar dan berbeza dari tahun PMR sebelumnya. Program ini berlangsung selama 23 hari bermula dari 6 Januari 2010 dan berakhir pada 5 Februari 2010.

Pelbagai jenis slot telah disediakan untuk meningkatkan tahap kemahiran insaniah dan tahap kemahiran akademik pelajar pra tingkatan 4 ini. Di antaranya ialah kemahiran membuat nota, kemahiran membaca, kemahiran mencari maklumat, pengurusan masa, memupuk tabiat belajar, pemikiran kritis, pemikiran meluas, kemahiran komunikasi intra/interpersonal, pengurusan stress, pengucapan awam, kemahiran asas kimia, fizik dan sebagainya.









Sunday, January 3, 2010

Tahun Baru 2010


Alhamdullilah semua pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 MRSM Pontian telah mendaftar semula pada 3 Jan 2010. Pendaftaran dilakukan di Dewan Selera. Pelajar di iringi oleh ibu bapa untuk membuat bayaran. Pendaftaran bermula pada pukul 9 pagi dan berterusan sehingga pukul 5.30 petang. Antara kaunter yang dibuka ialah kaunter pejabat, kaunter MUAFAKAT dan Kaunter Koperasi. Proses pendafratan berjalan lancar.


Dengan pendaftaran tersebut semua pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 memasukki bilik-bilik kediaman asrama yang telah ditetapkan dan membuat persiapan diri untuk menempuh kehidupan di asrama di sepanjang tahun 2010. Semoga semua pelajar dapat memanfaatkan kehidupan di asrama dengan aman dengan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

Sebelum proses pembelajaran dan pengajaran (P&P), pihak maktab menyediakan program reorentasi yang bermatlamat mengingatkan semula visi dan misi mereka berada di MRSM Pontian. Program ini berlangsung dua hari untuk pelajar Tingkatan 2 dan 3 dan 3 hari untuk pelajar Tingkatan 5. Anataran termasuklah program membina pasukan (team building) dan bengkel peta minda.

Pada 4 Jan 2010, bermula pukul 8.00 pagi semua pelajar berkumpul di Surau maktab untuk aktiviti kerohanian. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah motivasi minda yang disampaikan oleh Ustaz Samadon, Bacaan yasin, Solat Duha, Solat Taubat dan Solat Hajat. Semoga hati anak-anak pelajar akan terisi dengan keberkatan sebagai seorang pelajar yang berbudi pekerti mulia. Insya Allah.


Tn. Hj Samadon bin Sarmin

bacaan doa

Salam jama'e

Wednesday, December 30, 2009

PMR 2009 - MRSM PONTIAN CEMERLANG

MRSM Pontian terkategori dalam MRSM Cemerlang dalam peperiksaan PMR 2009 yang diumumkan pada 24 Disember 2009. Seramai 90 daripada 146 orang (61.6%) pelajar tingkatan 3 yang mengambil peperiksaan PMR pada bulan Oktober 2009 berjaya mendapat gred A dalam semua subjek yang di ambil dalam peperiksaan tersebut.

Sehubungan itu juga seramai 114 orang pelajar tingkatan 3 layak meneruskan pengajian ke pra tingkatan 4. Pelajar tersebut akan mendaftar di MRSM Pontian pada 5 Januari 2010. Program pra Tingkatan 4 akan berlangsung selama4 4 minggu bermula 6 Januari hingga 5 Februari 2010. Acara penutup majlis ini akan berlangsung pada 5 Februari 2010 dan YDM MUAFAKAT MRSM Pontian bersetuju menjadi penyempurna Majlis Penutup Program Pra Tingkatan 4 tersebut. Di majlis tersebut serama 90 orang pelajar yang mendapat gred A dalam semua subjek akan menerima hadiah daripada YDP MUAFAKAT tersebut.

Program Pra Tingkatan 4 adalah satu program pengisisian ilmu di mana pelajar akan di dedahkan dengan elemen-elemen Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik. Di antara aktivitit termasuklah speed reading, kemahiran membaca, kemahiran membuat nota, teknik memujuk, teknik mengingat dan sebagainya.

Monday, December 28, 2009

Tahniah


Dalam peratndingan golf Amal anjuran badan MUAFAKAT MRSM se-Malaysia, Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Pontian (En. Suhaimi bin Salleh) telah mencul sebagai JUARA dalam kategori B. Pihak Maktab mengucapkan sekalung tahniah kepada pencapaian tersebut.
Pertandingan itu telah di jalankan di Bukit Beruntung Golf Resort, Selangor pada bulan November 2009.