Thursday, April 15, 2010

'Science Fair' MRSM Pontian 2010





















Kesemua gambar di atas menunjukkan para pelajar tekun membentangkan projek sains mereka kepada panel hakim

Buat pertama kalinya pada tahun ini, MRSM Pontian telah menjayakan program 'Science Fair' yang disertai oleh semua pelajar tingkatan 2 dan 3. Program ini bertujuan mengembangkan kemahiran pemikiran saintifik, kritis dan kreatif di kalangan pelajar. Ia juga merupakan salah satu medium bagi mencungkil bakat dan potensi, mencetus minda supaya berfikir dalam suasana saintifik, imaginasi kreatif dan seterusnya projek - projek yang dihasilkan mempunyai impak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Di antara projek yang telah dikaji dan dihasilkan oleh pelajar ialah projek 'Hot Ice', 'Egg in a Bottle', 'Hovercraft Model', Organic Universal Indicator Solution' dan lain - lain. Barisan ketua hakim terdiri daripada guru - guru jabatan sains, dan dibantu oleh panel hakim iaitu guru - guru daripada jabatan lain. Program ini bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari.















Minggu Aktiviti MRSM Pontian 2010

Program amali Haji yang dianjurkan oleh subjek Pendidikan Agama Islam

Karnival Matematik yang diadakan di dewan besar maktab

Penyampaian hadiah semasa majlis penutup Minggu Aktiviti


Pertandingan Catur Bestari yang diadakan oleh subjek Bahasa Melayu

Pertandingan 'Muzikal Drama' untuk subjek Bahasa Inggeris

Setiap tahun, MRSM Pontian akan mengadakan minggu aktiviti yang bertujuan melatih para pelajar melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti, mengasah minat dan bakat, di samping menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar dalam pelbagai aktiviti. Pelajar juga dapat mengumpul pelbagai pengalaman menarik, berharga dan juga memori manis sebagai kenangan. Pada tahun ini, minggu aktiviti telah berlangsung pada 18 Februari hingga 24 Februari 2010. Bertempat di MRSM Pontian, minggu aktiviti ini telah diadakan dengan meriahnya dengan penglibatan pelbagai pihak, termasuklah pelajar, guru serta staf MRSM Pontian.

Tirai minggu aktiviti pada tahun ini dimulakan dengan pesta Bahasa Inggeris pada 18 Februari 2010. Bertempat di pelbagai lokasi, termasuklah di bangunan akademik, tempat parking kereta, padang, dewan serta seluruh kawasan maktab. Di antara aktiviti menarik yang telah diadakan ialah seperti 'Book Walk', 'Chinese Whisper', 'Decoding', 'Riddle Hurdles', 'Amazing Race', 'Mr Wizard', 'Literature Elimination', 'Musical Drama' dan pelbagai lagi aktiviti. Kesemua aktiviti ini menguji ketahanan fizikal dan menguji mental para pelajar.

Pada 19 dan 22 Februari 2010, subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Matematik meneruskan lagi minggu aktiviti. Subjek Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan Catur Bestari yang mencabar kemahiran berfikir dan pelajar telah menggunakan pelbagai strategi untuk memenangi pertandingan ini. Rata - rata pelajar berpendapat, pertandingan catur bestari ini adalah aktiviti yang amat menarik berbanding aktiviti lain yang diadakan oleh subjek Bahasa Melayu. Selain dari pertandingan ini, subjek Bahasa Melayu juga telah mengadakan pertandingan dikir barat, 'choral speaking' dan teater muzikal.

Bagi subjek Pendidikan Islam, lain pula corak permainannya. Subjek ini telah mengadakan amali pengurusan jenazah dan amali haji. Di dalam amali pengurusan jenazah, pelajar dapat melihat sendiri dengan mata mereka dan merasai pengalaman menguruskan jenazah. Pelajar menggunakan pelbagai peralatan menguruskan jenazah yang telah disediakan oleh pihak penceramah seperti kapur barus, kain kapan dan sebagainya. Sesungguhnya pengalaman ini memberi kesan yang amat mendalam dan memberi keinsafan kepada para pelajar.

Subjek Matematik menguji pelajar dengan aktiviti yang dinamakan karnival matematik. Pelbagai soalan matematik perlu diselesaikan oleh pelajar dengan mengaplikasikan konsep matematik dengan kehidupan seharian. Dengan ini, pelajar dapat mengasah kemahiran mereka dalam bidang matematik untuk digunakan pada masa hadapan.

Majlis penutup minggu aktiviti ini telah diadakan pada 24 Februari 2010. Majlis penutup ini berakhir dengan sorakan barisan pelajar yang memenangi pelbagai pertandingan yang telah diadakan sepanjang minggu. Terlihat riak kegembiraan di wajah mereka setelah penat berhempas pulas, berusaha untuk memenangi pertandingan yang telah diadakan. Majlis penutup ini juga diserikan lagi dengan persembahan oleh kumpulan yang telah memenangi pertandingan.