Thursday, February 4, 2010

Pasukan boling MRSM Pontian mewakili MSSD dan MSSJ

Pemain boling kategori perempuan 18 tahun memenangi tempat kedua
Barisan pemain boling perempuan 15 dan 18 tahun MRSM Pontian

Pemain boling MRSM Pontian telah mewakili maktab ke pertandingan ten pin boling peringkat MSSD 2010 yang diadakan pada 1 dan 2 Februari 2010. Pertandingan tersebut telah diadakan di Ceria Bowl Pontian, Plaza Harta. Seramai 16 orang pelajar kategori lelaki dan perempuan 15 dan 18 tahun telah mewakili maktab ke MSSD tersebut.
Pemain boling MRSM Pontian kategori perempuan 18 tahun, iaitu Fahira Azua bt Abdul Manap telah mendapat tempat kedua. Manakala pemain boling kategori lelaki 15 tahun, iaitu Mohamad Irfan bin Othman, telah mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan tersebut. Kedua - dua pelajar ini telah mewakili MRSM Pontian ke MSSJ yang diadakan di Diamond Bowl, Skudai.
Pencapaian pemain boling maktab ini adalah suatu pencapaian yang membanggakan dan pihak MRSM merancang untuk melipatgandakan usaha dan latihan untuk muncul juara pada pertandingan yang mendatang, insyaAllah

Program Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA)

Pelajar - pelajar tekun mendengar ucapan pengetua



Persembahan Drama Muzikal pada Majlis Penutup KIKA 2010


Lembaran tahun 2010 dimulakan dengan Program Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA) bagi pelajar pra tingkatan 4 MRSM Pontian. Ahli jawatankuasa fasilitator program ini terdiri daripada barisan guru MRSM Pontian. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar pra tingkatan 4 dari segi mental dan fizikal, untuk menghadapi Tingkatan 4 yang lebih mencabar dan berbeza dari tahun PMR sebelumnya. Program ini berlangsung selama 23 hari bermula dari 6 Januari 2010 dan berakhir pada 5 Februari 2010.

Pelbagai jenis slot telah disediakan untuk meningkatkan tahap kemahiran insaniah dan tahap kemahiran akademik pelajar pra tingkatan 4 ini. Di antaranya ialah kemahiran membuat nota, kemahiran membaca, kemahiran mencari maklumat, pengurusan masa, memupuk tabiat belajar, pemikiran kritis, pemikiran meluas, kemahiran komunikasi intra/interpersonal, pengurusan stress, pengucapan awam, kemahiran asas kimia, fizik dan sebagainya.